Saturday, December 24, 2011

PMR candy-death xD


sedar tak sedar , pejam celik pejam celik ,
tahun yang aku takutkan dah sangat-2 hampir ,
hmm . 2012 .. ade empat perkara je yang aku rasa best pasal 2012 ,
sebab birthday aku , free call , birthday beliau and after PMR
but sebelum PMR tu , perghhhh arghhh tak sanggup nak fikir
kakak aku cakap "tahun depan kamu PMR , tak boleh keluar dah , duduk je kat rumah"
ohh damn , takkan sampai macam tu ? UPSR dulu ok jeh aku jalani hidup macam biasa haha
#itu UPSR laa . ini PMR .. err lain ekk ??? wawawa tertekan *belum masuk form3 lagi
haehh risau risau . siapa tak nak dapat result bagus kan ?
seteruk-teruk aku , walaupun aku ni suka main-2 , tak serius bila exam ,
tapi aku risau la PMR ni . *kot sekarang ni je risau , nanti lupa diri
aku nak banggakan orang-2 tersayang aku ,
aku nak jugak buktikan kat mereka yang aku boleh !
tapi camne ? rasa-2 ade potensi ke nak dapat straight A ? *mekk nak straight A je~
kalau tak silap aku semenjak masuk secondary school ni ,
paling banyak A aku dapat pun 5 or 4 camtu la ..
haeshhhhhhhhhhhhhh

sekarang ni simpan azam dalam dada !
nak belajar elok-2 tahun depan ,
be more focus on PMR ! dah takde masa nak main lagi !
aku nak dapat result bagus !!
mudah-mudahan azam aku akan terus kekal di dada !!!

maybe tahun depan takbole nak berangan lebih ,
takboleh texting-2 lebih ,
and paling penting no angauu !! haha
so H , tahun depan taknak jatuh cinta kat kau :p
hahahhahaha *macam pernah angau jeh ngan die :p
sorry H , bukan taknak angau kt kau ,
cuma aku selalu tak bagi diri aku angau ,
bahaya nokkk !!! haha seriously bahaya .
cukuplah sekali dulu ;)

p/s : i really need you for me to face PMR , give me your full support okay ! seriously for the PMR i need u more than my MR.H . .


Wednesday, December 21, 2011

LIFE

pagi tadi aku mula rasa ceria bila dapat one unexpected received call ..
dan ianya berlarutan dan ok sahaja sehinnga lah ke malamnya ..

hmmmmmmmmm .. yang kau nak mesej si sial tu lagi buat apa ?
haehh sumpah aku benci dia! harap maaf aku taktau kenapa aku benci dia sangat
bukan senang-2 camtu je aku nak benci orang , sampai kadang-2 aku rasa nak block die tau !
heyyy aku just nak kau tau , aku sayang kau sangat-2 ,
aku tahu aku tak akan pernah dapat jumpa orang segila kau ;)
aku hargai semua perkara yang kau buat , thats why lah aku sloww~~

cuma aku cukup tak boleh terima lah kau mesej dia ! ahhhh

ahhhhhh!!! tension !! kau marah kat aku ? sebab aku marah kau ?
harap faham kenapa aku marah ~~

tak payah la sampai tak bertegur segala , haehhhhhh TENSIONNNNNNNN !!

PMR results

wahwah titile , gah tak gah tak ? *takde gah mana 
nervous ni nervous ni *werkk macam aku jeh nak ambil result
bukan aku lah , 2012 nanti baru tiba masanya untuk aku huhu *sedih
tahun ni .. H yang mau pi ambil result ..
esok tu .. actually aku tak nervous pon :p
cuma .. esok mungkin penentu segalanya ..
either dia akan stay SMK PENGKALAN or move out .
kalau results hebad dia akan tinggalkanla skola ni *mungkin la
it good for him kan ? yeah i know :)
if dia dapat result bagus , his mom and dad must be proud of him :) *me too :p
haha but .. emmm .. ahh nevermind :) everything will just be okay !
all the best yaw MR.H ^^

Tuesday, December 20, 2011

ya ALLAH

setiap yang hidup pasti akan mati kan ..
cuma kita je yang tak tau bila akan sampai ajal kita ..
petang semalam , 19/12/2011 ..
aku otw balik rumah , keluar dengan family ..
nampak orang ramai berdiri di tepi jalan raya besar st18 ..
gayanya macam accident , berhenti kejap tengok ,
tapi waktu tu yang aku nampak hanya darah dan serpihan-2 motor ,
tanya orang-2 di situ , mereka kata treler langgar motor ,
penunggang motosikal tersebut meninggal di tempat kejadian ,
kepalanya hancur .. aku terasa sangat ngeri , mereka kata mangsa masih muda 

sampai di rumah .. aku online facebook , nampak Nurul Asyiqin tulis sesuatu ,
pasal kematian . aku tanya dia siapa yang mati ? dia kata anak Cikgu Fatimah Zawiyah
lepas tu baru aku teringat pasal accident yang aku nampak tadi ,
aku tanya syiqin , accident tu ke ? dia kata yaaa ..
ya ALLAH , sungguh aku tak sangka kematiannya sebegitu rupa ,
aku sebak , siapa sangka kan . dia baru je online sebelum accident tu ,
orang kata , orang yang nak dekat mati ni , diorang dapat rasa ..
tapi aku rasa semua tu terjadi memang sangat mengejut ,
kita tak tau kan bila masanya malaikat izrael nak cabut nyawa kita ,
dalam sihat-2 , dia telah pergi meninggal dunia dalam sekelip mata ,
aku tertanya-2 , sempat ke dia cakap dia sayangkan orang-2 yang dia sayang ,
sempat ke dia minta maaf pada orang-2 yang dia pernah buat salah ,
sempat ke dia maafkan orang yang buat salah pada dia ..
wallahuallam ..

tapi aku terbayang , seandainya perkara sebegitu terjadi pada aku ,
mak aku , mesti jadi separuh gila .
aku tak sempat nak cakap aku sayang kat dia ,
tak sempat nak minta maaf kat dia ,
tak dapat nak buat apa dah ...

*sampai sini jela dulu . tak tahan sebak . nak nangis jap






Monday, December 19, 2011

kamu


diorang banyak cerita kat aku ..

  • keburukan kau
  • kau kutuk orang
  • kau pandang rendah pada orang

dan macam-2 lagi , aku hanya dengar dan sengih .
diorang akan kata "kau sayang sangat dia kan"
emm ya memang aku sayang kau ,
aku rasa apa yang diorang cerita tu tak betul ,
sebab aku kenal kau , aku kenal ..
mereka yang tak faham cara kau berfikir
dan kenapa kau melakukan sesuatu benda tu
aku faham , mesti ada sebab kau buat semua tu kalau betul pun kan .
sebab aku yakin kau seorang yang baik :)
mungkin kau nakal , tapi kau tak jahat :)
tapi sayang .. kau tak nampak semua tu ,
diorang pelik dengan aku ,
aku still sayang kau dan pretend macam tade pape jadi antara kita ,
walaupun kau pernah buat aku menangis dan menderita
selama beberapa bulan .. tapi aku tak pernah putus asa :)
sebab aku takkan mampu lupakan semua pernah terjadi antara kita ^^
sesuatu yang aku ade , yang mereka tiada .. :)