Sunday, November 6, 2011

kebahagiaan

kadang-kadang..kita terlalu bangga dengan apa yg kita ada..kita terlalu gembira dengannya..sehingga kita lupa untuk bersyukur kepadaNya..kebahagiaan juga boleh membuat kita tamak dan gila kuasa..kerana apabila kita sedang bahagia,kita mahukan kebahagiaan yg lebih lagi..sehingga tanpa kita sedar ia telah merubah diri kita,sikap kita..kita sudah mempunyainya di dalam tangan kita,namun kita masih lagi ingin mengejar kebahagian yg lain sehinggalah kita terjatuh lalu terlepas segalanya yg berada di dalam tangan kita dan kehilangan jejak kebahagiaan yg sedang dikejar..kini kita harus mulakannya dari kosong semula,kerana kini tangan kita sudah kembali kosong..dan ianya tidak semudah yg difikirkan untuk mendapatkan kembali kebahagiaan yg sama seperti yg pernah kita genggam dulu..aku pernah berputus asa,aku pernah berkata pada diriku supaya melupakan saja hasrat untuk mendapatkan kembali kebahagiaan itu..namun kemudian aku bangkit semula dan terus berusaha untuk memastikan aku menggenggam kebahagiaan itu kembali..Alhamdulillah,syukur kepadaNya,dengan izinNya kini aku berjaya menggenggam kebahagiaan itu,dan kali ini aku tidak mahu bersikap tamak lg,dan aku ingin bersyukur setinggi2nya kepada yg Maha Esa..moga aku tidak leka lagi..aminnnn

No comments: